Saturday, June 12, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar dibuka pada 1973 dengan meminjam tempat di SM Teknik Lebuh Raya. Pada tahun 1976 baharu ia dipindahkan ke Kompleks Pendidikan Alor Malai di Jalan Stadium. Pada masa itu di kawasan ini Jabatan Pelajaran, Sekolah Menengah Darul Aman dan beberapa bangunan yang lain belum ada. Hanya beberapa kursus sahaja yang ditawarkan dan format pengajian juga berubah. Pada masa itu waktu belajar dari pagi hingga ke pukul 6.30 petang. Sukatan Pelajaran juga berubah. Pelajar menduduki peperiksaan SPMV yang mempunyai syarat kelulusan yang amat sukar. Pengetua pertama ialah Encik Mohd. Dom bin Yunus.

Pada tahun 1982 sistem pelajaran berubah. Waktu belajar juga dipendekkan. Pelajar hanya pulang pada waktu 02.30 petang. Pelajar mengambil mata-mata pelajaran yang sama dengan sekolah akademik biasa di samping mata-mata pelajaran vokasional. Nama peperiksaan berubah dari SPVM kepada SPMV. Perubahan ini telah menghasil peningkatan cemerlang di semua sekolah vokasional.

Di samping latihan vokasional juga dimasukkan kursus kemahiran yang di bawah Majlis Latihan Vokasonal Kebangsaan. Kursus MLVK lebih banak kerja-kerja amali dan pelajar tidak menduduki peperiksaan mata pelajaran akademik.

Pada tahun 1990'an sekolah-sekolah vokasional temasuk sekolah ini diubah menjadi sekolah teknik. Pada peringkat awal semua pelajaran vokasional hnedak dibuang. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu pelajaran vokasional dikekalkan. Tetapi pada tahun 2009 nama sekolah betukar semula ke nama asal dan semua pelajaran teknik akan dibubarkan.

SENARAI PENGETUA

1. En Mohd Dom bin Yunoss (1973-1977),

2. En Abdul Wahid bin Ahmad (1978-1979),

3. En Abdul Rahman bin Abd Raof (1980-1999),

4. Tn. Hj. Ismail bin Hj. Saari (2000-2004),

5. En Mustafa bin Abd Hamid (2004-2006)

6. Tn Hj Sulaiman bin Md Zain (2006-sekarang).

4 comments:

fathygangster said...

Assalamualaikum. .saya muhammad fathy akmal bin emran dari kursus teknologi eletrik ...Di sini saya mahu tuan-tuan dan puan-puan yang mengajar di kolej vokasional alor setar ...saya mohon sangat sangat sila lah pertimbangkan saya untuk saya masuk ke kolej itu...saya sangat berminat dengan kemahiran. ..tolong lah ..saya merayu pada cikgu cikgu ...berikan lah saya. Memasuki kursus teknologi eletrik ataupun automotif...

fathygangster said...

tolong lah berikan saya untuk memasuki kolej vokasional.saya ingin menjadi seorang yang mahir dan proffessional dalam bidang yang saya pilih...saya dah buat permohonan dan rayuan tetapi saya masih juga tidak berjaya kali terakhir untuk saya interview saya sangat sangat berminat nak masuk ini nombor telefon saya 0195085296 saya merayu sangat ..

Abd Razak said...

Saya abd razak bin kassim bekas pelajar tahun 1976-1977 jurusan kajisawat motor
Spvm gred 2
Keejaya captain kapal juga bekas tentera laut diraja malaysia
Sesiapa yg masih ingat hubungi saya razaz40my@yahoo.com

Anti Pilih Kasih said...

saya zayady bin radin mohd said, bekas pelajar sek.men.vokasional alor setar 1978 dan 1979, bidang kejuteraan elektrik dan pemasangan, bekas pemain bolasepak sekolah, bekas ketua darjah dan juga merupakan pelajar paling baik kot. hahaha, ingin contact semua kawan2 sekolah lama di sini, khususnya bernama: Yuhi (asal klinik junjung kulim), asri (jln langar) pakcik saban (steward asrama)kamal suradi (pendeng)dan semua yg mengenali saya termasuk geng2 bolasepak sek.men,vokasional 1978/1979
sila email saya: macc5317@gmail.com atau watsap saya di 0122519265.